CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

click to create your glitter text
widgeo.net

Saturday, December 10, 2011

LAMA GILER X BUKA BLOG NI!!

Perrrghhh.. rase2 dah dekat setahun x bukak blog ni.. ni bru dpt bkk.. rasa rindu plak nk berblogging ni tp mase xde laa.. adoii!! cmne ek nk curi mse bt entri bru ni..

Sunday, October 3, 2010

HARGAILAH APA YANG ADA PADA DIRIMU...

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL....

video

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran..

Aku nak ucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah" kepada semua umat Islam di dunia ini. Kawan2 yg kenal aku tu, aku nk mintak maap zahir dan batin klu aku ada bt salah dgn korg, klu ade termakan or terminum makanan korg tu, aku mntak halal la ek..hehehe.. Semoga raya yg bakal menjelma ni dapat menggantikan kenikmatan puasa yg kita dah lalui sebelum ni.. InsyaAllah..




Tuesday, September 7, 2010

MasyaAllah.. IKLAN RAYA macam2..

video


Aku ade ckit benda la nak kongsi dengan korg ni..klu aku tanya soklan ni kt korg, bleh x korg jawab??? Di mana letaknya kemuliaan Islam? cuba btau aku ckit.. Adakah slogan Satu Malaysia yg diwar-warkan oleh negara ini hanya propaganda semata-mata untuk menjatuhkan kesuciaan Islam.. takkan la agama pon nak di jadikan Satu Malaysia jgk?? korg pikir la sndiri, aku pon xtau nk jawab.. cube bace dlu pe yg aku post kt bawah ni dan kaitkan dgn video kt atas... renung-renungkanlah wahai umat ISLAM..... MasyaAllah..

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok
buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran 

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism 

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar.

 (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah 
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab



Siapa Sebenarnya Wanita..

Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja, 
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami 
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin. 

Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..


Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...


P/S : JAGALAH KEHORMATANMU WAHAI WANITA...

Monday, September 6, 2010

Wanita Hiasan Dunia..Ermm..











                                                           VS









Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam

1. Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang dikehendaki syrari'at Islam
2. Tudung kepala, hendaklah dilabuhkan sehingga ke paras bawah dada. Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki. 
3. Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.
4. Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj. 
5. Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di rumah. 
6. Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk. 
7. Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik. 
8. Jika keluar berjalan janganlah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki. 

AMARAN! : Jika berjalan , jangan dilenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki. 


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An Nur : 31)

Kelebihan Malam Lailatul Qadar..

“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.


Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapannya ialah kerana: 


1. malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..

2. Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu.

3. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat

4. Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.

5. “Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar).

6. Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).

Tanda Malam Lailatul Qadar



[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء
Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi.  Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)
[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.
[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)
Semoga Allah memudahkan kita untuk meraih malam tersebut. Amin Yaa Mujibas Saailin.

Saturday, September 4, 2010

Gelagat Bulan Ramadhan..



MSK 2010/2011

Ni pertama kali aku join MSK.. mula2 tu mmg malas nk join sbb kne blik awal.. tp sbb kwan aku yg ajak, so join je la selagi ade peluang... x sangka mmg best sangat dpt join..byk blajar prkara bru n pngalaman bru.. so, kwan2 yg len klu ade pluang join la MSK.. cmfirm puas ati..

Mahasiswa/i UPSI yg brtanggungjawab mengendalikan MSK 2010/2011 kali ni..


ni barisan seketeriat LDK yg bru prtama kali di tubuhkn spnjang MSK yg prnah UPSI lakukan sejak dulu lg..

geng LDK yg sgt mantap.. smua nye ade kelebihan masing-masing utk mengendalikan program..

Menggapai Sinar Impian

Program "Menggapai Sinar Impian" adalah program yang berbentuk Kepimpinan. Ia telah dilaksakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah (2) dan sasaran peserta merupakan pelajar tingkatan 1 dan 2.
Fasilitator meeting bersama pelajar yang dilantik sebagai urusetia program sebelum program di laksanakan.

Antara aktiviti LDK yang dijalankan semasa program..aktiviti ini dinamakan "Pen Ajaib"

Hasil daripada aktiviti Pen Ajaib..pelajar-pelajar yang bakal menjadi insan cemerlang suatu hari nanti..

Fasilitator bergambar bersama para peserta program..


Apa Yang Special Pasal Warna ekk??

Kenapa ramai orang suke benda yang colourful ekk?? entah la, aku pon tak tau nak jawab.. tapi klu korg nak tau, ade something special sebenarnya pasal warna ni yg bt aku tertarik nk tau lebih mendalam.. mungkin ramai kt luar tu yg xtau warna dirinya sendiri.. untunglah aku amik kaunseling, dpt jgk tau cikit2 pasal warna diri ni sbb aku ade blajar pasal personaliti warna.. korg nak tau jgk ke??huhu.. meh aku btau serba cikit eh pasal warna.. tp klu nk tau lebih mendalam, g la jmpe kaunselor buat inventori ujian personaliti warna..mst best..hehehehe..


Emas
·  Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.
·  Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.
Putih
·  Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
·  Negatif: Boros berbelanja
Kuning
·  Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.
·  Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.
Merah
·  Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
·  Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.
Hijau
·  Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.
·  Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.
Merah jambu
·  Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
·  Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.
Coklat
·  Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
·  Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.
Perak
·  Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.
·  Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.
Ungu
·  Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah.
Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.
·  Negatif: Sombong dan sedikit emosi.
Hitam
·  Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
·  Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.
Kelabu
·  Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.
·  Negatif: Cengeng dan agak pemalas
Jingga
·  Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.
·  Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.
Biru
·  Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.
·  Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.