CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

click to create your glitter text
widgeo.net

Saturday, August 28, 2010

Sahsiah Cemerlang, Akedemik Gemilang

Program "Sahsiah Cemerlang, Akedemik Gemilang" ini di adakan pada 7-9 Mei 2010 hasil jemputan daripada pihak sekolah sendiri.. program ini adalah berbentuk Kem Motivasi yang melibatkan penyertaan pelajar tingkatan 3, 5 dan 6.. pengisian daripada program ini antaranya ialah pengurusan masa, kemahiran belajar, keyakinan diri, inventori personaliti, subconcious dan explorace..
lambang kebanggaan sekolah dan pelajar-pelajarnya..

persembahan terakhir fasilitator pada majlis akhir Perasmian dan Penutupan khas untuk peserta-peserta yang terlibat..
fasilitator bergambar mesra dengan para peserta sebagai tanda kenangan.. semoga para peserta yang terlibat dapat menggapai segala cita-cita yang diimpikan..Amin..

Bengkel Rahsia Lulus Posting..

Bengkel Lulus Posting yang di anjurkan oleh persatuan KASIH hasil keprihatinannya terhadap graduan-graduan UPSI yang masih kurang pengetahuan mengenai ciri-ciri yang sesuai perlu ada dalam diri dan perkara- perkara yang sepatutnya dilakukan untuk menyiapkan diri dalam keadaan sedia apabila menghadapi temuduga...

Antara peserta-peserta yang hadir dalam program ini.. terdiri daripada pelbagai peringkat semester..
Penceramah menerima cenderahati daripada pihak UPSI.. penceramah yang dijemput ialah " En. Amran Ariffin" iaitu salah seorang pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia..







Antara barisan AJK yang menjayakan bengkel tersebut...

MUDaH ke NaK PostiNg ekkk..

“Penempatan(posting) bukan hak istimewa pelajar UPSI”. Itu seharusnya diakui pelajar UPSI. Tidak ada satu dokumen yang mengatakan pelajar UPSI mempunyai hak untuk mendapat penempatan, cuma mungkin pihak yang berkaitan berasa terhutang budi dengan sejarah UPSIdalam menjadi pusat melahirkan guru-guru sejak zaman sebelum kemerdekaan.

Hakikat ini semakin mula dizahirkan sedikit demi sedikit. Keadaan mula berubah setelah kementerian yang dulunya SATU menjadi DUA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). UPSI diletakkan di bawah KPT dan membesarkan anak yang mahu berbapakan KPM. KPM juga punya anak sendiri, IPGM, dan ada anak susuan – DPLI dan KPLI. UPSI di mana agaknya?

Friday, August 27, 2010

Saya Tak Tahu La Ape Tu Kaunseling????

Menurut Krumboltz(1965)- kaunseling ialah apa sahaja aktiviti beretika yang dilakukan oleh

kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunujukkan tingkahlaku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien...

Persatuan Bimbingan dan Personal Amerika (1980)-kaunseling ialah penggunaan prosedur kaunseling dan bidang lain berkaitan dengan sains tingkahlaku untuk membantu mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah, pertumbuhan kendiri, perkahwinan keluarga, atau perkara interpersonal lain....



mesti semua dah pahamkan ape tu kaunseling?? so lepas ni ringan-ringankan tulanglah datang jumpe kaunselor klu ade masalah ehhh... kedatangan anda di alu-alukan.. jangan lupe tau.... !!

Program ARISE 09 anjuran BHKA UPSI

bergambar bersama peserta-peserta "ARISE 09"



program "ARISE" yg bercorak khidmat masyarakat telah di adakan oleh pihak BHKA... terdapat beberapa sekolah di sekitar Perak terlibat dgn program tersebut..

SiAPa diRi AnDa?????

Menurut Dr. John A. Jhonson, secara umumnya ciri-ciri personaliti seseorang individu di bahagikan kepada 5 sifat yang asas iaitu mengikut suatu konsep yang dikenali sebagai OCEAN.

5 sifat yang disebutkan tadi adalah seperti berikut:

  • (O) OPENESS TO EXPERIENCE - Mempunyai sikap terbuka
  • (C) CONSCIENTIOUSNESS - Mempunyai kesedaran
  • (E) EXTROVENT - Bersifat sosial (suka bergaul)
  • (A) AGREEABLE - Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan)
  • (N) NEUROTICISM - Bersifat neurotik (Mempunyai gangguan emosi)

untuk keterangan lanjut boleh lawati laman web di bawah :

Guru Pelita Hidup!!!

Murid dan Guru

Di petik dari sebuah buku oleh Bill William , seorang ahli psikologi barat.
Terdapat seorang murid yang ingin tahu cara untuk mengenal diri. Beliau telah berjumpa dengan seorang guru dan bertanya tentang cara mengenal diri. Guru itu memberitahunya supaya duduk di depan cermin dan bertanya pada diri sendiri ' siapakah saya' berulangkali selama setengah jam setiap hari.

Murid itu tidak puas hati. Beliau berkata takkanlah soalan yang penting ini jawapannya diperolehi dengan begitu senang sekali. Guru itu menjawab "Itulah jawapannya . Jika anda tidak berpuashati, maka anda bolehlah berjumpa dengan seorang lagi guru yang tinggal dihujung jalan yang sama untuk bertanya pendapatnya pula". Maka murid itu telah pergi berjumpa dengan guru yang kedua dihujung jalan dan bertanya soalan yang sama. Guru yang kedua pula menjawab bahawa jawapan kepada soalan itu hanya boleh diperolehi jika murid itu sanggup bekerja untuk guru tersebut tanpa gaji. Murid itu cukup gembira kerana pada pendapatnya jawapan kepada soalan yang penting ini mestilah sangat sukar diperolehi.

Maka murid itu mula bertugas tanpa gaji dikandang lembu guru tersebut. Beliau terpaksa memandikan lembu. memerah susu , membersihkan najis lembu dan berbagai kerja lagi. Selepas lima tahun beliau merasa bosan dan berjumpa kembali dengan guru tersebut. Beliau bertanya "Tuan guru, saya telah bekerja dengan rajin tanpa gaji selama 5 tahun. Belum sampaikah masanya untuk saya mengetahui jawapan kepada soalan saya? "

Maka guru itu menjawab " Baiklah saya akan menjawab soalan yang anda tanya 5 tahun lepas. Duduklah depan cermin dan tanyalah diri kamu 'siapakah saya' berulangkali selama setengah jam setiap hari." Maka murid itu cukup marah. Dia menjawab " Tuan guru, saya telah bertanya soalan yang sama kepada tuan guru lain dihujung jalan ini 5 tahun lepas.Saya telah pun mendapat jawapan yang tuan beri dari dia 5 tahun lepas. Kenapa saya perlu bekerja untuk tuan tanpa gaji selama 5 tahun dan akhirnya mendapat jawapan yang sama?"

Maka guru kedua itu menjawab " Jika anda mendapat jawapan yang sama dari guru lain 5 tahun lepas , maka itulah jawapannya yang betul. Kamu telah "mensia-siakan hidup kamu selama 5 tahun kerana kamu degil dan tidak menghargai ilmu yang kamu perolehi. "
Maka murid itu tidak dapat berkata apa-apa dan pulang dari situ.

Sujud dan septum pellucidum

Bagi orang Islam, kedudukan septum pellucidum ini menyamai kedudukan ketika sujud. Apabila kita meletakkan dahi (pra-frontal) ke tempat sujud, tentunya ubun-ubun menghadap ke arah kiblat. Kedudukan ini lebih menepati kedudukan nasiyyah yang terdapat dalam surah al-Alaq. Justeru itu,benarlah seperti yang dikatakan Allah dalam surah al-Alaq ayat 19, “dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).” Dengan erti kata yang lain, bagi orang yang mengerjakan solat maka Allah akan memberi kegembiraan dan kesejahteraan dalam hidupnya. Secara tidak langsung menjadi motivasi yang boleh menceria dan mengembirakan kepada manusia. Jika sebaliknya berlaku, iaitu orang-orang yang ingkar kepada Allah tidak sujud kepada-Nya, maka Allah akan memberi balasan dengan menarik ubun-ubunnya dengan memberi potensi negatif dan memudaratkan.


KeJelekiTan MemBawa KemeSraaN...

Program di Lubuk Kelah Perak byk meninggalkan kenangan manis kepada kami..:)



geLagat bdk-bDk macho dlm geng kami...hahaha





SucI je Muke bdak-bdaK ni mase sem 1..keh3

Program Semester 1...


program pertama yg kami jalankan semasa berada di semester 1.. Program "Pemantapan Sahsiah Menjana Modal Insan" ini di adakan di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar pada 30-31 Ogos 2008..

UPSI Vs Kaunseling..

ape tu UPSI, ape tu kaunseling?? tu la soklan prtma yg brmain dlm pikiranku mase nk mohon U.. mmg sblum ni aku xpnah knal pon 2 bnda ni..biasa la, jarang dengar.. mohon bnda ni pon sbb kwn aku yg ajak.. tu pon sbb bpk die yg sruh, maklum la bpk die tu cikgu.. aku ni mmg xpnah tau psal kaunseling, apetah lg UPSI tu... dlu aku xpenah pon g blik kaunseling, klu g pon sbb nk bt keje len.. UPSI ni pilihan kedua aku, yg prtama ptutnye kt UKM bidang ekonomi sbb dlu mse form6 aku pling minat subjek ni.. tp xde rezki, dpt plak kt UPSI.. mule2 tu mmg xde ati lngsung nk g sini, tp trpakse jgk g sbb nk msuk U pye psal.. so dgn langkah kaki yg berat, aku pon daftar je la.. Alhamdulillah ari demi ari kehidupan aku kt sini, byk mmbuka atiku yg dh lame membeku.. aku mule mengenali ape tu kaunseling.. byk prkara yg tak pernah aku dpt sblum ni dtg tanpa di undang.. aku tahu Allah nk tunjukkan arah jalan sebenar ptut aku g dlm hidupku ni.. aku sgt bersyukur dpt trpilih utk mnjadi insan yg brnama kaunselor.. kini aku sgt syg utk kehilangan bidang ni.. aku dpt rasekn bidang ni semakin serasi dlm hidupku dan aku tak mahu kehilangannya.. akn ku juangkan ape telah Allah amanahkn kepadaku dgn sebaik mungkin seperti bak kata pepatah " di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung" Aminnnn...

Tingkatan 6 @ Universiti..Ke mana Arahku!!

Tingkatan 6?? hebat ke kalau masuk tingkatan 6?? errmm, xtau la nak jawab... tak pernah plak terpikir nak masuk sini.. mula-mula masuk, mmg byk kutukan daripada kawan-kawanku.. tidak kurang juga yang menghina.. yela, siapa aku?? tidak sehebat mereka yg mampu menjejakkan kaki terus ke Universiti selepas SPM.. arrrrggg,, biarkan saja apa orang nak kata.. yg penting aku tahu ke mana arah jalanku.. aku juga ade impian, tapi tidak semua impian mampu dicapai dalam masa terdekat.. aku bangga dapat masuk tingkatan 6.. di sinilah aku belajar banyak prkara..bagaimana menjadi insan berguna, bagaimana memotivasikan diri, bagaimana menghormati orang lain, rakan-rakan, guru dan ibubapa... di sinilah aku kenal diriku yg sebenar.. aku rasakan kehidupan aku byk bermula di sini.. ternyata byk hikmah yg aku perolehi disini.. aku juga berjaya menjadi antara pelajar terbaik di sini.. mungkin itu hanya bonus yg sedikit bagiku kerana aku tahu byk lagi kejayaan yg aku mampu capai kelak.. kepada kawan-kawan form 6 ku semua, aku doakan kalian juga brjaya menggapai apa yg diimpikan.. InsyaAllah..

Sunday, August 1, 2010

DEFINISI IRAMA KEHIDUPAN

Irama kehidupan adalah setetap dan sestabil terbit dan tenggelamnya matahari, atau naik turunnya gelombang yang mengalir secara teratur setiap hari. Bukankah irama serupa yang mengatur pergerakan matahari dan gelombang juga mengatur detak jantung dan pernafasan kita? Setiap kehidupan di alam semesta mempunyai irama sendiri, seperti fasa bulan, perubahan empat musim, pusingan planet-planet, atau putaran planet-planet mengelilingi matahari. Bahkan tanaman juga masing-masing memiliki irama mereka sendiri.

Hilangnya irama yang mengatur sirkulasi tenaga vital dalam tubuh manusia adalah seperti menghentikan pusingan planet. Demikian pula, hilangnya irama yang mengatur naik turunnya gelombang adalah seperti menghentikan denyut jantung langit dan bumi. Di mana tidak ada irama, tidak akan ada kehidupan. Kehidupan tanpa irama akan seperti air mati tanpa riak.