CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

click to create your glitter text
widgeo.net

Friday, August 27, 2010

Guru Pelita Hidup!!!

Murid dan Guru

Di petik dari sebuah buku oleh Bill William , seorang ahli psikologi barat.
Terdapat seorang murid yang ingin tahu cara untuk mengenal diri. Beliau telah berjumpa dengan seorang guru dan bertanya tentang cara mengenal diri. Guru itu memberitahunya supaya duduk di depan cermin dan bertanya pada diri sendiri ' siapakah saya' berulangkali selama setengah jam setiap hari.

Murid itu tidak puas hati. Beliau berkata takkanlah soalan yang penting ini jawapannya diperolehi dengan begitu senang sekali. Guru itu menjawab "Itulah jawapannya . Jika anda tidak berpuashati, maka anda bolehlah berjumpa dengan seorang lagi guru yang tinggal dihujung jalan yang sama untuk bertanya pendapatnya pula". Maka murid itu telah pergi berjumpa dengan guru yang kedua dihujung jalan dan bertanya soalan yang sama. Guru yang kedua pula menjawab bahawa jawapan kepada soalan itu hanya boleh diperolehi jika murid itu sanggup bekerja untuk guru tersebut tanpa gaji. Murid itu cukup gembira kerana pada pendapatnya jawapan kepada soalan yang penting ini mestilah sangat sukar diperolehi.

Maka murid itu mula bertugas tanpa gaji dikandang lembu guru tersebut. Beliau terpaksa memandikan lembu. memerah susu , membersihkan najis lembu dan berbagai kerja lagi. Selepas lima tahun beliau merasa bosan dan berjumpa kembali dengan guru tersebut. Beliau bertanya "Tuan guru, saya telah bekerja dengan rajin tanpa gaji selama 5 tahun. Belum sampaikah masanya untuk saya mengetahui jawapan kepada soalan saya? "

Maka guru itu menjawab " Baiklah saya akan menjawab soalan yang anda tanya 5 tahun lepas. Duduklah depan cermin dan tanyalah diri kamu 'siapakah saya' berulangkali selama setengah jam setiap hari." Maka murid itu cukup marah. Dia menjawab " Tuan guru, saya telah bertanya soalan yang sama kepada tuan guru lain dihujung jalan ini 5 tahun lepas.Saya telah pun mendapat jawapan yang tuan beri dari dia 5 tahun lepas. Kenapa saya perlu bekerja untuk tuan tanpa gaji selama 5 tahun dan akhirnya mendapat jawapan yang sama?"

Maka guru kedua itu menjawab " Jika anda mendapat jawapan yang sama dari guru lain 5 tahun lepas , maka itulah jawapannya yang betul. Kamu telah "mensia-siakan hidup kamu selama 5 tahun kerana kamu degil dan tidak menghargai ilmu yang kamu perolehi. "
Maka murid itu tidak dapat berkata apa-apa dan pulang dari situ.

0 ulasan: